7 Cara Main Saham Pelabur Baru - Tidak ada orang yang lahir-lahir terus pandai melabur saham.

bagaimana cara main saham

Semuanya bermula dengan zero. Kalau nak tunggu pandai baru nak bermula, sampai bila-bila takkan pandai. Sebaliknya, mula dahulu supaya jadi pandai. Jadi macam mana nak bermula dulu supaya jadi pandai tu ? Begini.

1) Buka Akaun CDS & Akaun Trading

Sediakan RM 10.60 dan pergi jumpa remisier / dealer.

Mereka ini bertugas dengan syarikat broker berlesen.

Senarai syarikat broker ini ada di laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com). Rajinlah sikit cari info sendiri, jangan tunggu disuap sahaja. Kalau nak cari senarai syarikat broker pun perlu disuap, payah tu nanti nak buat analisa saham sendiri.

Memandangkan tuan membeli saham secara tunai, maka tak perlu tunjuk slip gaji. Maka, apabila tak perlukan slip gaji, sesiapa yang berusia 18 tahun dan ke atas dah dapat buka akaun. Sama ada tuan seorang pelajar, penganggur atau pun suri rumah.

Ada simpanan secukupnya dah dapat bermula.

2) Belajar Guna Online Trading Platform

Lepas dah siap akaun, belajar lah sikit dari remisier / dealer tu.

Bukan semua benda dapat tahu dari internet. Lebih-lebih kalau tak berapa celik IT. Berhenti mengadap komputer / smartphone dan jumpalah orang sebenar i.e. remisier / dealer yang jaga akaun tuan tu.

Belajar apa ?

Cara guna online trading platform syarikat broker itu lah. How to buy, how to sell, macam mana nak masukkan modal dan seterusnya. Perkara-perkara teknikal semacam itu.

Apa-apa tak faham bab teknikal sebegitu, kena terus tanya remisier / dealer.

Itu tugas mereka untuk membantu tuan berjual beli guna trading platform tu.

3) Masukkan Modal

Berapa ?

Ok, berapa duit lebih yang tuan ada sebulan ?

Susah sangat, sediakan sejumlah modal yang sama jumlahnya dengan langganan televisyen berbayar yang beratus-ratus tu setiap bulan. Kalau tuan dapat kayakan tauke syarikat televisyen berbayar tu setiap bulan, maksudnya tuan dapat kayakan diri sendiri juga.

Atau, masukkan modal yang jika tuan rugi 100% sekalipun tidak jatuh miskin.

Minimum beli saham adalah 1 lot, bersamaan 100 unit.

  • Kalau harga saham tu RM 0.40, maka RM 0.40 x 100 = RM 40.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)
  • Kalau harga saham tu RM 4.00, maka RM 4.00 x 100 = RM 400.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)

4) Terus Beli 2,3 Syarikat Dulu

Jadi bulan pertama, beli 1 lot saham bermula dengan huruf A dengan jumlah modal tu.

Bulan kedua, beli 1 lot saham yang bermula dengan huruf B pula. Bulan ketiga, beli 1 lot saham dengan huruf C pula. Selesai.

.

Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang tuan perlu tahu… setakat ini.

5 pembelian pertama saham kita adalah langkah pertama nak kenal dunia saham.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

Dah buat, dah rasa sendiri turun naik harga, baru kita tahu apa sebenarnya yang kita tidak tahu.

Waktu itu baru berbaloi masuk kelas. Baru berbaloi untuk baca buku. Baru lah dapat menjadi pandai.

5) Baru Pergi Belajar Secara Formal

Tak perlu habiskan duit beli buku dulu.

Usah sibuk pergi kelas dulu.

Terus bertindak, buka akaun dulu dan beli saham secara hentam sajalah dengan modal yang kalau rugi 100% tak jatuh miskin. Nak berteori sangat, sila masuk universiti.

Apabila dah melakukan perkara ini, maka tuan dapat melalui fasa tak tahu yang seterusnya iaitu – tidak tahu nak buat apa pula apabila sudah bermula. Ketika ini barulah pergi belajar strategi-strategi pelaburan saham melalui seminar / buku / coaching dan sebagainya.

  • Waktu tu, baru seronok pergi kelas. Faham
  • Baru best baca buku. Cerah.
  • Barulah tahu nak tanya soalan apa. Dah ada pengalaman.

Bercakap mengenai strategi pelaburan saham, menurut Benjamin Graham, iaitu sifu kepada Warren Buffett, sekurang-kurangnya 4 strategi pelaburan saham.

i. Beli ketika pasaran saham jatuh teruk secara keseluruhannya


Bust!

Beli ketika semua orang menjual.

John Templeton membeli 104 syarikat ketika era Great Depression, 34 daripadanya bankrap dan nilai pelaburannya berkembang sekurang-kurangnya 4x ganda, beberapa tahun kemudian.

ii. Beli syarikat yang nilainya berpotensi untuk berkembang


Syarikat ini ada masa depan.

Strategi yang agresif.

Perlu ada kemahiran mengenal pasti bisnes yang berpotensi dan membelinya sebelum semua orang tahu. Jika syarikat tu dah jadi saham yang hot, maka jangan kejar untuk beli.

iii. Beli syarikat yang dijual pada harga yang lebih murah dari nilai


Mengambil kesempatan dari kegilaan Mr Market.

Atau sentimen turun naik harga pasaran saham. Iaitu apabila harga saham jatuh tetapi nilainya tetap atau menaik.

iv. Special situation.


Seperti arbitrage. Spinoff. Merger. Acquisition dan lain-lain.

6) Kalau Malas, Tidak Ada Masa Untuk Buat Analisa, Buy Indeks

Dah belajar secara formal.

Masih malas atau tidak ada masa untuk buat analisa.

Maka beli apa-apa unit trust yang bersifat index tracker, atau beli exchange traded fund (ETF).

7) Bersedia Untuk Rugi


Beli-beli untung.

Jangan rasa dah hebat sangat.

Kalau dapat untung cepat, itu bonus. Nasib baik sahaja tu. Sila beri masa 3 tahun untuk belajar selok-belok pelaburan dalam dunia sebenar. Tempoh 3 tahun pertama ini adalah tempoh lesen ‘P’.

3 tahun pertama gunakan modal yang sanggup rugi 100%. Lepas tengok dah dapat buat untung secara konsisten, baru gunakan modal yang serius. Iaitu modal yang memang untuk grow the  money.

Kalau rugi ?

Memang sudah disebut awal tadi, pelaburan saham DIJAMIN rugi.

Selaku orang yang bijaksana, tuan dapat rasa jika pelaburan saham ini adalah jodoh tuan untuk kembangkan harta selama 30 tahun. Jika tidak serasi, sila berhenti urus pelaburan saham sendiri.

Sumber : Pakdi.Net

Dikesempatan ini juga saya nak ajak anda muat turun  "5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham"

panduan saham malaysia pelabur baru

Buka laman web berikut untuk muat turun : 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Saham

Popup seperti di bawah akan muncul. Anda cuma perlu masukkan nama dan alamat email dan tekan pada butang "Berikan Saya". Anda akan diberi link muat turun ke email anda.

5-langkah-tingkatkan-keuntungan-saham

Panduan ini mengandungi 17 muka surat. Tak sampai 10 minit anda dah boleh habiskan pembacaan. Jika anda mahukan versi penuh dan lengkap untuk pelajari teknik analisis saham sekaligus meningkatkan keuntungan saham anda, panduan ini juga layak berada di tangan anda. Rujuk panduan ini disini.


1 Comments

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

  1. Halo Admin!

    Saya Agung, dari Jabatan Perkongsian Instaforex.
    Saya mengajak Anda dalam program perkongsian dengan nilai komisyen 15-53 USD. Program perkongsian ini percuma.

    Kami mempunyai 11 jenis perkongsian yang boleh Anda pilih dan kelebihan lain yang boleh didapat.
    Selain itu, kami juga menyediakan banyak instrumen trading, seperti forex, saham, emas, bitcoin, CFD, dan option.

    Jika berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya melalui contact yang ada di bawah ini.

    Salam,

    Agung

    agung@mail4.instaforex.com
    Skype: live:agung_133
    Facebook: agung.ifxteam
    WhatsApp: 628119104920
    partners.instaforex.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post