Kenapa Dah Solat DHUHA Tapi Tak Dapat Yang Diidamkan?

Saya percaya, anda dah pun banyak sangat membaca buku rezeki, bermacam jenis buku tentang rezeki, download ebook atau beli macam-macam panduan cepat kaya, siap pergi macam-macam seminar kaya dan berjaya kan.

Dah banyak melebur, tapi pulangan? Belum seperti yang dimahukan. Masih belum berkesan. Sebabnya, anda tak tahu apa yang patut anda perbetulkan terlebih dulu.

Iaitu, asas WAJIB kenapa nak kaya, berjaya dan bahagia dari akar umbi!

Ya, Ia perkara asas pertama kena betulkan dahulu sebelum kita mulakan usaha untuk menjadi kaya, bahagia dan banyak rezeki. Bila ianya basic, ia terpakai sepanjang zaman.

Okay, saya terangkan serba sedikit asas. FORMULA pertama, Kenapa Buat Solat Dhuha Tapi Tak Dapat Rezeki Yang Diidamkan?

kenapa solat dhuha tak berkesan

Kenapa Kita Solat DHUHA Tapi Tak Dapat Yang Diidamkan?

Sebenarnya solat Dhuha banyak rakaat tu ada dibuat sampai 4,6, 8, 12, 16 tu. Bukan sebab kita nak minta rezeki itu, ini, atau nak tarik rezeki bagai. Tapi sebenarnya, kita buat Dhuha adalah sebab tanda kita bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi.

Buat Dhuha sebab rasa syukur kita pada Allah SWT atas semua rezeki yang kita dah ada. Sebagai tanda bersyukur. Usah buat Dhuha sebab fikirkan rezeki yang masih belum dapat atau buat Dhuha sebab nak rezeki lebih banyak.

Kenapa makin banyak rakaat, makin luar biasa kesan dia? Sebab, makin banyak sujud, makin Allah suka. Makin banyak tunduk makin tinggi rasa syukur. Yang jadi rezeki datang  sebab amal Dhuha tu,  adalah disebabkan Firman ALLAH SWT Bermaksud, "jika kamu bersyukur" maka AKU tambah nikmatKU kepadamu. Allah SWT janji macam tu.

Sebab tu, Dhuha tu dikatakan tarik rezeki. Sesudah bersyukur, Allah tambahlah nikmat. Takdanya buat Dhuha sebab tu rezeki nak datang. Sebab tu ada yang buat Dhuha tak dapat apa-apa.

Sebab tak faham kenapa kena Dhuha. Duk ingat solat sunat dua rakaat je selama ini.Taklah. Dhuha itu sebagai tanda syukur kita sebenarnya. Itu saja. Jelas?

Saya jelaskan kat sini adalah formula asas bagi mereka yang nak KAYA, BAHAGIA dan banyak rezeki. Kenapa Dhuha formula asas? Kerana yang memberi rezeki itu adalah ALLAH SWT. Jadi kenalah tahu cara bersyukur yang betul dan cara mengambil hati yang MAHA KAYA lagi MAHA memberi rezeki.

Bukannya kena bekerja 24 jam cari rezeki.  Itu baru satu asas nak difahami, belum masuk lagi 110 LANGKAH untuk bantu SELESAIKAN MASALAH HUTANG, bebas KEWANGAN dan AMALAN-AMALAN yang boleh membuka pintu REZEKI yang paling ASAS yang ramai sangat terlepas pandang dan tidak ambil berat!

Sambungannya boleh rujuk di : Website Formula Tarik Rezeki


Kesimpulannya, kita buat dhuha adalah tanda kita syukur. Makin banyak kita syukur makin banyak rezeki Allah berikan. Bukan kah bersyukur juga salah satu cara jemput rezeki?

Kalau belum pernah buat dhuha apa kata kita mula dari sekarang. Jangan tunggu sebaliknya kita mula dari sekarang.


Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post