Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman. Ada sebab sebenarnya kenapa wanita disuruh mencari lelaki beriman. Oh ya, jangan lupa baca wanita tak digalakkan malu yang melampau.

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman


tips memikat lelaki beriman dan solehah
 
Cari calon suami biarlah beramal soleh dan bukannya semberono je..!!

Ya, jika lambat menangguh pembinaan ‘masjid’ dan tidak berhemah dalam mencari jodoh kelak akan memakan diri wanita itu sendiri.

Dalam mengejar jodoh, tidak boleh semberono. Mesti dengan ilmu dan amal. Kelak, proses mencari jodoh akan kelihatan banyak bermasalah, banyak lompang bermasalah di kemudian hari dan ianya hanya akan menjauhkan diri anda sendiri dari lelaki selayaknya.


Memang benar akan dakwaan bahawa TUHAN tidak akan menzalimi hamba-NYA yang bertaqwa dalam mencari jodoh sekufu imannya.

Namun janganlah pula kita para wanita Muslimah pula yang menzalimi diri dengan menyorok di belakang tiang dan bersembunyi di balik dinding rumah tanpa usaha, sehingga sukarnya lelaki mengenali si gadis.


… dan janganlah pula seorang wanita itu terlalu mencari dengan bertanya kepada setiap lelaki yang dikenali ~ sehingga mereka berasa rimas dan tidak berminat dengan anda. Menolak bulat-bulat.

Tips Memikat Carilah Lelaki Beradab

Mencari jodoh perlu patuhi terma dan syaratnya. Antara yang terpentingnya adalah adab. Adab.Akhlak. Sikap. Ketiga-tiga ini dalam ruang lingkup yang sama.

Elemen ini penting bagi mengelak murka Ilahi, terutamanya dalam bab memikat si lelaki.


Jika nak memohon kepada TUHAN untuk mencari lelaki beriman, doa dipohon itu perlu beradab. Beradab terhadap TUHAN, dan beradab kepada manusia lain.

Biarlah ia dalam ruang lingkup syariat yang TUHAN masih merahmati. Bercinta dan mencari cinta biarlah dalam redha TUHAN, supaya akhirnya pernikahan itu membawa nyaman dan tenteram. Bukannya ribut dan taufan.



 

Suami Boroi Tanda Bahagia ??

Artikel ini merupakan kiriman email Tuan Suhaimy penulis Ebook Mas Kahwin Pengantin. Jadi saya kongsikan kepada anda semua. Semoga bermanfaat :-)

Betul Ke Suami Boroi Tanda Bahagia ??


apakah punca suami boroi


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat.

Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

[+] Rahsia Hubungan Intim Suami Isteri

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.


Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki.

Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.


Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat.

Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga. 


Sekian untuk kali ini, jika randa rasakan artikel ini menarik, boleh sahaja di forwardkan kepada kawan-kawan.


Semoga kita bertemu lagi di email yang lain :-)

Senarai Semakan Ujian Keserasian Anda Dan Pasangan

Senarai Semakan Ujian Keserasian Anda Dan Pasangan

Artikel ini adalah artikel perkongsian untuk anda semua berdasarkan email yang saya terima dari admin Maskahwin iaitu Ebook untuk membantu pasangan cari duit untuk kahwin. Ujian semakan ini mungkin membantu anda untuk memilih pasangan hidup :-)

Ujian Keserasian Tips Memilih pasangan


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, anda boleh menjawab 20 pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".

Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20.  Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah..

Soalan-soalannya seperti berikut :

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? 

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

 

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan  "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas,  maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua mungkin akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan.

Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan,  maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit.

Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh,  maka perkahwinan anda mungkin agak sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Namun begitu, kuiz ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja, usahlah mengambil perkara ini terlalu serius. :-)

Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita bertemu lagi di lain kali.


Kredit to : Admin Mas Kahwin Yang Hilang


  


Ikhlas

Azzahairi