Showing posts with label Cara Pikat Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Cara Pikat Lelaki. Show all posts

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman. Ada sebab sebenarnya kenapa wanita disuruh mencari lelaki beriman. Oh ya, jangan lupa baca wanita tak digalakkan malu yang melampau.

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman


tips memikat lelaki beriman dan solehah
 
Cari calon suami biarlah beramal soleh dan bukannya semberono je..!!

Ya, jika lambat menangguh pembinaan ‘masjid’ dan tidak berhemah dalam mencari jodoh kelak akan memakan diri wanita itu sendiri.

Dalam mengejar jodoh, tidak boleh semberono. Mesti dengan ilmu dan amal. Kelak, proses mencari jodoh akan kelihatan banyak bermasalah, banyak lompang bermasalah di kemudian hari dan ianya hanya akan menjauhkan diri anda sendiri dari lelaki selayaknya.


Memang benar akan dakwaan bahawa TUHAN tidak akan menzalimi hamba-NYA yang bertaqwa dalam mencari jodoh sekufu imannya.

Namun janganlah pula kita para wanita Muslimah pula yang menzalimi diri dengan menyorok di belakang tiang dan bersembunyi di balik dinding rumah tanpa usaha, sehingga sukarnya lelaki mengenali si gadis.


… dan janganlah pula seorang wanita itu terlalu mencari dengan bertanya kepada setiap lelaki yang dikenali ~ sehingga mereka berasa rimas dan tidak berminat dengan anda. Menolak bulat-bulat.

Tips Memikat Carilah Lelaki Beradab

Mencari jodoh perlu patuhi terma dan syaratnya. Antara yang terpentingnya adalah adab. Adab.Akhlak. Sikap. Ketiga-tiga ini dalam ruang lingkup yang sama.

Elemen ini penting bagi mengelak murka Ilahi, terutamanya dalam bab memikat si lelaki.


Jika nak memohon kepada TUHAN untuk mencari lelaki beriman, doa dipohon itu perlu beradab. Beradab terhadap TUHAN, dan beradab kepada manusia lain.

Biarlah ia dalam ruang lingkup syariat yang TUHAN masih merahmati. Bercinta dan mencari cinta biarlah dalam redha TUHAN, supaya akhirnya pernikahan itu membawa nyaman dan tenteram. Bukannya ribut dan taufan.



 
Tips Memikat, Wanita Itu Pemalu Tetapi Kelak Memakan Diri

Tips Memikat, Wanita Itu Pemalu Tetapi Kelak Memakan Diri

Ya ini adalah cara-cara dan tips memikat lelaki. Wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan. Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya.

Cara-Cara Memikat Lelaki, Wanita Itu Pemalu Tetapi Kelak Memakan Diri

Terlampau malu adalah tidak elok. Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan. Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang di idami.


Islam Tidak Pernah Menghalang Wanita Mengejar Cinta. Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia. Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman.Persoalannya apakah cara-cara memikat lelaki yang nak digunakan.


Hati-Hati Dalam Memburu Cinta Lelaki

Awas dengan usaha memburu cinta si jejaka. Kerana yang menjadi dosa dan salahnya, adalah si wanita menjual maruah sebelum ke gerbang perkahwinan. Dara seorang wanita itu tinggi di sisi agama, tidak patut diberi ‘rasa’ kepada sebarang lelaki sedangkan status belum bernikah. Oleh itu, wanita harus berhati-hati. Bukannya terlalu mempercayakan lelaki atas alasan cinta sejati. Wanita perlu tahu menjaga diri, jika tidak mahu membinasa diri sendiri.


Kesimpulannya,

Ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir. Anda perlu pelajari cara-cara memikat lelaki yang betul dan berkesan.

Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini -> Cara Pikat Lelaki