Ramai blogger di luar sana sudah berjaya buat duit melalui blog. Persoalannya bagaimana mereka lakukan dan teknik apakah yang mereka gunakan. Akhirnya saya menemui beberapa sumber pendapatan yang biasa digunakan oleh blogger.

Sumber Pendapatan Seorang Blogger


buat duit blog
 

Program Pengiklanan


Sebenarnya ada beberapa kaedah untuk buat duit dengan blog. Ini antara yang terawal pernah saya lakukan ketika mula berblogging dulu. Melalui program pengiklanan ini anda akan menjadi 'publisher' maksudnya anda menjadi pengiklan kepada mereka.

Antara yang digemari oleh blogger ialah Nuffnang dan juga Komli. Pendaftaran hanyalah percuma semudah ABC.

Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan banner-baner yang diberi di blog anda. Letakkan banner mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Anda akan menjana pendapatan apabila pelawat blog anda klik pada banner-banner iklan tersebut.

Melalui program Affiliate


Program affiliate antara cara termudah untuk jana pendapatan walaupun tanpa produk sendiri. Anda cuma perlu mendaftar dan pilih produk untuk dipromosikan.

Gunakan blog yang anda bina untuk menulis review ataupun perkongsian dan pandangan anda berkaitan produk yang anda pilih. Bayaran komisen diberikan berdasarkan pay per sales. Maksudnya bayaran komisen setiap kali anda berjaya hasilkan jualan.

Antara program yang boleh anda sertai ialah : Klikjer


Pilih mana-mana produk dan gunakan link affiliate yang diberi untuk anda letakkan dalam artikel blog anda serta gunakan banner-banner yang telah disediakan.

Sewa Ruang Iklan


Cara ini antara cara untuk anda menjana pendapatan dengan blog. Anda buka tawaran untuk mana-mana peniaga untuk sewa ruang pengiklanan di blog anda.

Tapi perkara yang perlu anda pertimbangkan ialah dari segi trafik blog anda. Maksud anda perlu pastikan trafik blog anda ramai dan mantap supaya pengiklan rasa berbaloi untuk menyewa ruang iklan di blog anda.

Misalnya sebuah blog mendapat trafik antara 4000 hingga 8000 pengunjung unik sehari dan bayaran untuk sewa iklan adalah antara RM150 hingga RM300 itu sudah dikira berbaloi.

Artikel Review


Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan review artikel. Contohnya anda membuat ulasan berkenaan sesuatu produk atau sesebuah syarikat di blog anda sendiri. Review dengan seikhlas hati termasuklah kelebihan dan kekurangan jangan sekadar tulis je.

Bina dan Jual Blog


Bila blog anda sudah terkenal dan sudah kukuh termasuklah bilangan trafik yang konsisten, anda boleh jual blog anda.

Contohnya macam ni, andai kata anda mempunyai sebidang tanah kemudian anda majukan tanah tersebut. Akhirnya tanah tersebut subur dengan tanaman dan memberi pulangan kepada anda.

Begitu juga dengan blog.Anda bina blog anda dan apabila blog anda mula terkenal, anda jual sahaja blog tersebut untuk membina pendapatan segera.

Jika blog yang anda bina menjana pendapatan RM 100 untuk satu bulan, anda boleh jual sehingga RM 600 untuk blog tersebut.

4 Comments

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

  1. salam singgah. saya pasti cuba. terima kasih atas perkongsian info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm umi..terima kasih atas kunjungan..ya sama-sama :-)

      Delete
  2. tak boleh tamak ya... baru je nak letak lebih sikit.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....seeloknya lah...fokus pada produk yang ada permintaan lagi bagus :-)

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post