Selamat datang ke entri Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan. Bila buat pembacaan tentang ikan tilapia atau talapia ni rupanya sebutan yang betul ialah ikan tilapia. Ikan tilapia ialah nama sejenis ikan yang berasal dari Afrika. Tapi kita selalu menyebut ikan talapia kan? Mungkin kekeliruan disebabkan sebutan dan ejaan yang hampir sama.

Dalam keluarga ikan air tawar, ikan tilapia sangat terkenal selain daripada ikan keli dan juga ikan-ikan lain. Ikan tilapia juga terkenal bukan sahaja di negara Malaysia malah negara-negara lain juga seperti Amerika Syarikat, Mesir, China dan Indonesia.

Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan

Dikatakan terdapat lebih 100 spesies ikan tilapia tapi yang terkenal di negara kita adalah tilapia hitam, tilapia merah dan tilapia biru. 3 spesies ikan tilapia ni adalah yang popular di malaysia. Ikan tilapia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Biasanya, penternak ikan yang baru nak mula ternak ikan air tawar akan memilih untuk menternak ikan tilapia kerana ikan tilapia memiliki tumbesaran yang cepat. Dalam erti kata lain, ikan tilapia ni cepat besar. Macam mana nak ternak ikan tilapia? Teruskan membaca ye.

Cara Ternak Ikan Tilapia

Ikan air tawar mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Ia dijadikan sumber makanan bagi rakyat malaysia atau dipelihara dalam kolam. Disebabkan faktor permintaan, ada yang mula menjalankan bisnes ikan tilapia di rumah. Ikan tilapia mempunyai peminat yang tersendiri. Sebab itulah ada yang ternak ikan tilapia di rumah. Ada yang ternak ikan tilapia merah dalam tangki.

Langkah-langkah Penternakan Ikan Tilapia

Fasa Persiapan Penternakan Ikan Tilapia

Langkah pertama sekali anda kena ada minat. Buat sesuatu benda mesti dengan adanya minat. Tetapkan matlamat dan sasaran anda. Anda nak ternak secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Apakah tujuan anda ternak ikan tilapia. Hobi semata-mata atau untuk dikomersialkan?

Ada yang ternak kecil-kecilan je. Sekadar ternak dan makan untuk diri sendiri sahaja. Atau jual secara kecil-kecilan jika ada yang ingin membeli. Ada yang ternak di sungai atau kolam untuk tujuan dipasarkan ke pasaraya dan sebagainya.

Langkah kedua anda kena buat semakan dan membuat permohonan. Boleh buat semakan dengan pihak berkuasa tempatan jika anda ingin bina kolam ternak ikan tilapia dan dapatkan lesen. Ada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Jika anda ingin menjual ikan tilapia anda mesti daftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Langkah ketiga anda kena rancang perbelanjaan. Buatlah kira-kira kos yang perlu dikeluakan. Misalnya kos beli peralatan tangki,biofilter,jaring, makanan dan alatan lain serta kos pembiakan dan kos beli benih ikan tilapia. Semuanya anda kena kira dan berapakah modal ternak ikan tilapia.

Fasa Penternakan Ikan Tilapia

Langkah keempat. Sekarang kita dah masuk fasa cara menternak ikan tilapia. Anda boleh ternak ikan tilapia dalam kolam,sangkar,tasik dan tangki. Ramai yang memilih ternak ikan tilapia dalam kolam kerana paling mudah. Ikan tilapia boleh mencari makanan semulajadi sendiri dalam kolam.

Nak ternak dalam tangki pun boleh tapi kena ada peralatan seperti alat penapis air. Selain itu anda kena monitor kualiti pH air. Jika anda masih baru, lebih baik cuba ternak secara kecil-kecilan dahulu. Ambil pengalaman sebelum ternak secara besar-besaran.

Langkah kelima. Untuk ternak ikan tilapia, cuba dapatkan benih ikan terlebih dahulu.Cari benih yang sihat bermutu tinggi serta cepat membesar. Cuba cari syarikat yang mempunyai reputasi yang baik untuk dapatkan benih contohnya di https://www.facebook.com/hightechaquaculture.

Langkah keenam. Untuk memastikan ikan mempunyai tumbesaran yang baik. Ikan tilapia perlu diberi makanan yang cukup. Selain makanan kulati air perlu dijaga dan perlu pastikan keadaan air yang bagus untuk ikan tilapia. Penting bagi mengelakkan ikan terkena penyakit. Biasanya ikan tilapia mengambil masa 4 hingga ke 6 bulan untuk membesar.

Langkah ketujuh. Bila ikan sudah besar anda dah boleh kutip. Ikan yang dikutip boleh di jual kepada jiran-jiran, kawan-kawan atau kedai dan pasaraya. Anda dah boleh mula bisnes ikan tilapia sekarang.

Kredit : Ikan Air Tawar

Terima kasih kerana membaca Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan. Jika anda serius ingin belajar ternak ikan tilapia, anda boleh dapatkan rujukan ini. Rujukan ini sangat sesuai untuk pemula yang ingin berjinak-jinak dengan penternakan ikan tilapia.

Rujukan ini berdasarkan pengalaman penulis tau. Anda boleh baca berkenaan rujukan ini di pautan berikut : Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post