Assalamualaikum Hai apa khabar semua, harap baik-baik saja. Sudah lama saya tidak menulis di blog ini dan berkongsi informasi. Ok kali ini kita terus kepada tajuk utama Cara Daftar Akaun Penjual di Shopee. Seperti yang kita tahu platform edagang semakin meningkat naik sekarang dengan kewujudan website ecommerce.
Di Malaysia, Shopee dan Lazada nampaknya semakin menjadi pilihan. Anda boleh semak trafik yang masuk ke Shopee dan Lazada. Itu baru di peringakt Malaysia ye belum lagi di peringkat global. Ramai sungguh kan? Jadi memang ini peluang keemasan yang anda boleh guna untuk menjadi penjual di Shopee atau Lazada.
Cara Mudah Daftar Akaun Penjual di Shopee
Baiklah, pertama sekali untuk menjadi penjual di Shopee anda perlu daftar akaun Shopee terlebih dahulu. Cara ini juga adalah cara untuk daftar akaun pembeli di shopee.
Cara Daftar Akaun Shopee
Langkah 1 : Masuk laman web shopee : http://shopee.com.my/
Klik Daftar atau Sign Up di penjuru kanan atas. Anda juga boleh menggunakan Shopee Mobile.
Langkah 2 : Masukkan no tel anda yang aktif.
Shopee akan menghantar kod kepada anda. Semak phone anda.
Langkah 3 : Verification Shopee Acount
Masukkan kod yang dihantar shopee untuk proses verifikasi.
Langkah 4 : Username dan Pasword
Pada langkah ini sila create username dan password anda.
Sekarang anda dah siap daftar akaun shopee. Anda boleh guna akaun shopee untuk membeli.
Cara Daftar Akaun Penjual Shopee
Pada langkah ini saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk jadi penjual di shopee. Ok, sila ikuti langkah berikut.
Langkah 1 : Masuk ke bahagian seller centre menggunakan dekstop.
Klik seller centre di penjuru atas sebelah kiri.
Dah masuk ke seller centre sekarang kita ke Langkah 2.
Langkah 2 : Akaun Seller.
Create akaun anda. Masukkan maklumat yang lengkap antaranya alamat.
Langkah 3 : Shopee Store
Pada step ini, anda kena setup kedai shopee anda. Ini adalah shop profile anda. Lengkapkan butiran nama kedai, description, logo dan seterusnya.
Langkah 4 : Shipping Setting
Klik sebelah kiri bahagian Shipment >Shipping Setting
Secara defaultnya ada pilihan DHL dan J&T sahaja. Untuk Pos Laju dan Ninja Van anda kena mohon. Untuk Free Shipping anda boleh rujuk di website shopee cara untuk mohon.
Langkah 5 : Finance
Klik Finance di sebelah kiri. Kemudian lengkapkan butiran yang diminta. Masukkan akaun bank anda. Jangan lupa ye.
Ok sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Akaun Penjual di Shopee. Semoga anda semua berjaya menjual di shopee malaysia. Untuk lebih banyak maklumat cara berniaga di shopee sama ada jual produk sendiri atau dropship, anda boleh rujuk > Panduan Shopee Terkini. Panduan ini juga akan tunjukkan cara jika anda mahu naikkan sales di shopee.
Post a Comment
Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.