Cara Nak Mula Bisnes Aiskrim - Bisnes Aiskrim? Macam mana nak mula? Berapakah modal bisnes aiskrim? Ada tak rahsia bisnes aiskrim? Mana nak dapatkan panduan bisnes aiskrim?

Itulah persoalan yang muncul dalam kepala sesiapa sahaja yang nak mula bisnes aiskrim. Bisnes aiskrim antara bisnes yang tengah trend sekarang ini dan antara bisnes yang digemari rakyat malaysia.

panduan memulakan bisnes aiskrim
Sumber: rujukanbisnes.com

Antara bisnes yang digemari rakyat malaysia ialah, bisnes burger, bisnes air balang dan juga bisnes borong china.

Boleh dikatakan bisnes ini boleh dimulakan dengan modal yang kecil dan sesuai bagi sesiapa yang minat dengan perniagaan modal kecil.

Bisnes aiskrim  ni boleh tahan penangannya kalau kena caranya. Sebab boleh menjana sehingga 5K sebulan walaupun anda buat secara part time pada hujung minggu tanpa perlu berhenti kerja.

Jadi jika anda mencari-cari cara tambah pendapatan bahkan cara buat duit mengapa tidak anda mencuba bisnes aiskrim.


Bisnes Aiskrim dan Cara Nak Mula

Macam-macam isu ekonomi yang timbul sekarang ini. Rata-rata mengadu terasa terbeban tapi nak tak nak kena hadapi juga. Sebab itulah semakin ramai yang buat bisnes walaupun dah ada kerja tetap.

Bermakna semakin ramai yang tekad cari duit lebih secara sambilan atau part time. Antara yang menjadi pilihan ialah bisnes aiskrim. Tapi apakah rahsia bisnes aiskrim dan panduan bisnes aiskrim.

Tahu tak bahawa bisnes aiskrim...

  • Tidak memerlukan modal runcit yang besar,  
  • Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
  • Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Memandangkan bisnes aiskrim tidak memerlukan modal yang tinggi, skill yang tinggi dan boleh dijalankan secara part-time maka semakin ramai yang berjinak-jinak dengan bisnes aiskrim. Apa rahsia bisnes aiskrim sebenarnya?

Memulakan Bisnes Aiskrim

Cara yang terbaik saat ini untuk tambah pendapatan sampingan yang lumayan adalah dengan memulakan bisnes aiskrim. Antara sebabnya...

  • Modal runcitnya yang rendah.
  • Margin untung yang tinggi.
  • Tidak perlukan skill kemahiran yang tinggi.
  • Hanya bunyikan loceng & tanya nak aiskrim yang mana.

Sangat mudah…

Maka tidak hairanlah, kenapa majoriti warga asing seperti Bangladesh, Myanmar & Pakistan mampu jual aiskrim walaupun tak fasih berbahasa Melayu.. :-)


Masalah Nak Mula Bisnes Aiskrim

Mungkin anda ada kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan perniagaan Aiskrim. Adakah ini yang buatkan anda pening kepala memikirkannya ...

1. Ilmu Bisnes Aiskrim

Orang kata nak berniaga ni kena ada ilmu. Kalau tak de memang lambat sikit nak berjaya. Dekat mana nak tahu ilmu tu? Tak akan nak jadi bangla pulak. Pergi round dekat taman permainan. Buatnya jiran nampak, fuh malu jugak kan?

2. Untung Ke Bisnes Aiskrim?

Untung ke bisnes ais krim ni? Nak jual dekat mana? Macam mana boleh dapat sampai RM5k sebulan tu? Mesti margin dia besar kan?

3. Cara Jual Aiskrim

Nak jual aiskrim. Mesti kena tahu resepinya. Cara buatnya, mana nak dapat semua resepi tu?… ais krim Malaysia 20 sen tahu lah buat.


3 point di atas merupakan sedikit halangan atau cabaran kalau nak mula bisnes aiskrim. Daripada segi cerita, memang minat dah ni… tapi apa langkah pertamanya?

Macam mana nak mula? Nak kena buat apa dulu? Berapa modal mulakan bisnes ais krim ni? Apa barang kena beli? Guna mesin apa? Bagaimana cara prosesnya?

Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim


 
Memperkenalkan Ebook Bisnes Aiskrim – “Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ... 


Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, diceritakan tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh. Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.


Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Menceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)

Saya akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)


Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda  tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.


Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti. Semuanya ada diceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.


Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim


Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.

Jangan risau, ada diterangkan secara terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!


Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada saya beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. :)

Testimoni Pembaca Panduan Bisnes Aiskrim


 
 
Berminat untuk dapatkan Ebook Panduan Bisnes Aiskrim sekarang? Rujuk halaman ini sekarang : Ebook Bisnes Aiskrim. Atau klik pada gambar ebook di bawah sekarang juga.

Terima kasih saya ucapkan kerana membaca entri Cara Nak Mula Bisnes Aiskrim. Saya doaka anda berjaya dalam bisnes aiskrim anda. Selamat maju jaya.


 

2 Comments

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post