Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah - Suri rumah yang ingin jana pendapatan dari rumah pasti tercari-cari macam mana cara untuk tambah pendapatan meskipun duduk di rumah. Zaman sekarang sudah menjadi trend atau kebiasaan sekiranya suri rumah buat bisnes untuk tambah pendapatan. Nak mula bisnes tidak semestinya perlu keuar rumah. Duduk di rumah pun boleh cari pendapatan asalkan ada minat dan kesungguhan.

Pertama sekali, kena tanya diri sendiri minat nak buat bisnes apa. Kemudian fikirkan macam mana nak jadikan minat tersebut sebagai bisnes. Saya galakkan anda buat bisnes mengikut minat. Ini penting jika anda nak bertahan lama dalam bisnes. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis bisnes yang anda boleh buat dari rumah misalnya bisnes makanan. Bisnes makanan boleh dijalankan di rumah dan bisnes ini berpotensi untuk menjadi bisnes yang menguntungkan.

Antara bisnes makanan yang saya maksudkan adalah bisnes bakeri. Nak mula bisnes tak semestinya kena ada kedai dan sebagainya. Mengapa tidak dijalankan di rumah terlebih dahulu. Bukankah itu lebih mudah dan meminimakan kos berbanding sewa kedai dan sebagainya. Bisnes bakeri adalah satu modul bisnes makanan dari rumah yang sesuai untuk golongan suri rumah.

Bisnes Makanan Dari Rumah

Saya berani katakan permintaan "Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi". Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

panduan bisnes bakeri
 Kredit foto : http://www.lubukilmubisnes.com

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini!

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah....

  1. Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  2. Berapa nak letak harga?
  3. Macam mana nak kira kos produk?
  4. Apa peralatan yang diperlukan?
  5. Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?
  6. Di mana nak belajar buat kuih?
  7. Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran anda kan?

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah


cara mulakan bisnes bakeri dari rumah
 
Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhan ebook ini.

PENDAHULUAN

Pada bahagian ini penulis akan memberikan anda gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi anda.

Penulis ada senaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.

Selain itu, saya penulis turut memberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai. Anda boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.

Anda pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri anda dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian ini.

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Ini adalah formula yang penulis gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan penulis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Di dalam bab ini juga, penulis berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri anda. Jika anda pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri anda, bab ini akan menjelaskan kepada anda tentang strategi pemilihan produk!

BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ok! Ini adalah bab untuk anda yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi.. sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang anda mahu belajar! Barulah tak sia-sia anda pergi belajar nanti.

BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!

Minat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya anda mahu memulakan perniagaan bakeri anda dari rumah!

Dalam bab ini penulis akan tunjukkan anda langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan membuka akaun bank bagi perniagaan anda.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda!

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!

Dalam bab ini, penulis telah menyenaraikan peralatan-peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri anda. Mungkin anda tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, anda tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri anda. Penulis akan tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini.

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!

Sedap macam mana pun kuih anda, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna!

Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri anda. Penulis akan senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri anda! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.

BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.

BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini penulis menyenaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

  1. Cabaran persaingan harga!
  2. Kenaikan kos harga barang mentah!
  3. Bahan mentah habis stok!
  4. Supplier stop bekalan!

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi. Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!

BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Dalam bab ini, penulis akan kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang anda jalankan.

Saya tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, anda sudah boleh mencapainya. Siap sekali ditunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini penulis akan kongsikan 10 tips yang amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

..

..

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini! Boleh klik butang "Dapatkan Sekarang!" dibawah atau terus ke pautan ini : Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah


cara mulakan bisnes bakeri
 

1 Comments

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

  1. Bagus panduan ini, sesuai utk mereka yg mahu memulakan bisnes bakeri dari rumah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post