Ini adalah tips kedua saya kesinambungan bagi artikel sebelum ni Panduan Dan Cara Bina Blog. Kali ini saya akan terangkan kepada anda apa yang perlu anda buat selepas bina blog.

Selepas Bina Blog Apa Yang Perlu Dibuat


apa perlu anda buat selepas bina blog

Suka saya ingatkan selepas anda bina blog, perkara yang perlu anda buat ialah mula menulis atau post entri. Abaikan dulu soal teknikal seperti ingin mencantikkan blog, letak  widget, tukar template dan sebagainya.

Bagi saya 'Content Is A King'. Maksud saya kandungan adalah raja bagi blog anda. Mula menulis entri minima 300 patah perkataan. Bila blog anda sudah ada 5 hingga 10 post barulah anda buat pengubahsuaian atau proses make up blog anda.

Mula tukar template yang mesra SEO. Kemudian Setting Heading Tag blog anda. Boleh google 'Cara Ubah atau Setting Heading Tag Blog'. Perkara sebegini adalah aspek teknikal untuk jadikan blog anda mesra SEO.

Kemudian letaklah gadget di sidebar seperti yang saya letakkan di blog ini. Saya tidak letakkan widget yang pelik-pelik sebab tak mahu memberatkan loading blog.

Letak widget yang penting sahaja dan jangan letak lagu atau pop up yang pelik-pelik di blog anda. Setiap kali pengunjung masuk ke blog anda mereka akan diganggu dengan lagu-lagu dan pop up tersebut. Jadi jalan terbaik bagi mereka ialah butang pangkah 'X'.

Tak pasal-pasal anda terlepas pengunjung. Ingat jadikan blog anda mesra pengunjung. Ingat anda bina blog untuk pengunjung datang dan baca perkongsian dari anda.

Secara keseluruhannya jadikan blog anda berinformasi dan bermanfaat supaya artikel yang anda tulis memberi nilai tambah atau faedah kepada pembaca. Hal ini juga penting untuk menurunkan kadar Bounce Rate Blog anda.

Sekian sahaja dari saya. Untuk aspek-aspek teknikal yang lain berkenaan SEO, anda boleh rujuk blog blogger-blogger yang mahir dengan SEO seperti Hasrul Hassan dan Khairul Asrol.

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post