Memandangkan ini adalah artikel atau blog post saya yang pertama, adalah lebih baik jika saya kongsikan cara membuat blog sebagai panduan sebab saya yakin di luar sana masih ramai lagi yang tidak tahu untuk bina blog.

Panduan Dan Cara Bina Blog Semudah ABC


panduan cara dan tips buat blog


Buat blog tidak lah sesusah mana pun. Anda boleh pilih sama ada mahu gunakan platform blogspot atau wordpress. Untuk membina blogspot, anda perlu ada akaun gmail. Sign up akaun gmail terlebih dahulu. Bila dah ada gmail baru lah boleh mula bina blog.

Sekarang dah selesai fasa pertama iaitu fasa pendaftaran akaun gmail.

Masuk fasa kedua iaitu cara buat blogspot. Anda perlu ke Pergi ke www.blogger.com dan kemudian klik New Blog


cara buat blog

Masukkan Nama Blog, Url dan description. Kemudian pilih mana-mana template kemudian klik finish, save atau create. Rujuk gambar di bawah.

cara buat blog
 
Untuk mengubah template tidak menjadi masalah. Sebaiknya gunakan template yang mesra SEO. Anda boleh search di Google 'template SEO' dan download contohnya Template Thesis.

Template SEO adalah template yang mesra enjin carian dan SEO adalah singkatan untuk Search Engine Optimization iaitu menempatkan blog anda di halaman pertama enjin carian.

Nampaknya fasa kedua sudah siap. Sekarang kita akan masuk fasa ketiga iaitu fasa menulis entri.

cara buat blog

Tulis entri anda minima 300 patah perkataan. Sebelum publish pastikan anda masukkan keyword di dalam bahagian permalink. Permalink anda boleh ubah di sebelah kanan ruangan post.

Ini kerana untuk membolehkan entri anda mesra SEO. Ingat setiap kali menulis dan sebelum publish entri anda ikut teknik yang saya ajarkan ini.

Pastikan anda Bold beberapa keyword dalam entri anda. Ini untuk memudahkan enjin carian mengindeks keyword dalam blogpost anda.

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post