Rahsia Bisnes Baju Kurung Yang Laris. Baju kurung, baju tradisional yang tak asing lagi. Baju kurung mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran memandangkan kuasa beli yang tinggi daripada golongan wanita. Setiap wanita pasti memiliki baju kurung dengan pelbagai rekaan untuk digayakan. Kalau anda berminat nak buat bisnes baju kurung, anda kena pandang baju kurung ni sebagai sebuah bisnes. Masalahnya bila anda nak belajar bisnes baju kurung tapi tak tahu nak mula dari mana.

Rahsia Bisnes Baju Kurung Yang Laris


rahsia bisnes baju kurung yang laris

Ramai yang minat nak berniaga baju kurung tetapi tak tahu nak mula. Ada yang tercari-cari bagaimana nak mula bisnes baju kurung. Memang bagus jika anda terus mencari ilmu. Itu menunjukkan anda betul-betul serius dan ingin menggunakan teknik yang betul. Saya yakin bisnes baju kurung yang anda jalankan akan berjaya.

Lubuk Bisnes Baju Kurung

Anda jangan bimbang walaupun anda tak jumpa panduan untuk mula bisnes baju kurung di kedai-kedai buku atau di mana-mana sahaja, anda akan jumpa modul lengkap dalam Modul Lubuk Baju Kurung.
  • Modul 1 : Asas Bisnes Baju Kurung
  • Modul 2 : Jenis-Jenis Baju Kurung Terlaris!
  • Modul 3 : Untung 100% Atau Lebih?
  • Modul 4 : Senarai Pembekal
  • Modul 5 : Teknik Jual Online
  • Modul 6 : Teknik Jual Offline (Konvensional)
  • Modul 7 : Strategi Untung Besar Dan Pantas
  • Modul 8 : Langkah A - Z Mulakan Bisnes Baju Kurung

Masih Ragu Ragu? Ini Soal Jawab Tentang Bisnes Baju Kurung

Bagaimana nak mula? Dalam modul pertama, saya telah sediakan secara teliti. Langkah demi langkah untuk bermula. Paling bagus, ianya semudah 1, 2 dan 3. Hanya 3 langkah untuk anda mulakan bisnes baju kurung dan jana pendapatan sehingga RM4500 sebulan dari rumah.

Berapa modal permulaan bisnes baju kurung? Saya bocorkan rahsia bagaimana anda boleh start dengan modal bawah RM1000 malah saya juga tunjukkan anda jalan bagaimana boleh mula dengan ZERO atau TANPA modal langsung.

Nak jual baju kurung di mana? Di dalam modul 5 dan modul 6, saya telah bongkarkan hampir 10 teknik dan strategi menjual. Anda boleh mulakan secara online ataupun pilih cara lama, iaitu cara konvensional. Semuanya saya tunjukkan.

Nak jual pada siapa? Jika tanya saya, menjual adalah perkara paling susah. Apakata jika saya bongkarkan teknik bagaimana PELANGGAN yang perlu cari anda. Mesti lagi best. Zaman sekarang, pembeli yang biasanya cari penjual. Tidak seperti dulu. Kadar pembeli ‘shopping sakan’ cukup tinggi sekarang. Anda hanya perlu tahu cara untuk marketkan produk anda!

Berapa keuntungan bersih setiap jualan? Saya tidak boleh jamin berapa untung bersih yang bakal anda dapat. Cuma saya boleh beri contoh. Anda jual sehelai baju kurung manik yang berharga RM160, anda untung sekitar RM70 - RM80. Jadi jika anda jual 100 helai baju kurung yang sama, pendapatan anda boleh cecah sehingga RM7000 hingga RM8000 setiap bulan!

Bagaimana nak dapatkan pembekal? Saya ada tunjukkan cara nak cari supplier yang muarh dan berkualiti. Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak tahu nak cari sendiri. Jadi berita baik untuk anda, saya sediakan senarai pembekal untuk anda. Anda hanya perlu hubungi mereka dan katakan mahu borong baju kurung! Pasti dapat harga murah.

Bagaimana ingin mengenali jenis baju kurung? Soalan yang cukup susah. Walau bagaimanapun saya ada sediakan tips untuk anda kenal pasti jenis-jenis baju kurung, jenis-jenis jahitan tangan, kualiti, jenis kain dan banyak lagi. Memang ringkas dan mudah dipraktikkan.

Berapa harga perlu dijual di pasaran? Terpulang pada anda berapa banyak anda ingin untung? Untuk baju yang sama, penjual di kawasan kampong mungkin untung sekitar 50%. Jika dikawasan Bandar boleh cecah 100%. Malah jika anda lihat dibutik, mereka untung sehingga 300% untuk sesetengah baju kurung. Bisnes baju kurung tiada HARGA SILING! Kita boleh jual berapa sahaja harga asalkan pembeli sanggup membayar.

Ramai orang jual baju kurung, boleh ke baju kurung saya laku? Ramai ke? Mana lebih ramai, orang yang pakai baju kurung atau yang jual baju kurung? Peningkatan terhadap baju kurung meningkat setiap tahun. Bila tiba bulan puasa, permintaan mendadak sehingga 10 ke 20 kali ganda. Anda tidak perlu risau, biasanya baju kurung memang laris. Maklumlah, bila bekerja ada sesetengahnya terpaksa pakai baju kurung, bila tiba musim kenduri, kena juga pakai baju kurung. Bila raya wajib ada baju kurung sampai 7 pasang.


ps : jika anda ingin belajar langkah demi langkah untuk bisnes baju kurung, bolehlah belajar melalui modul bisnes baju kurung yang lengkap ini : Modul Bisnes Baju Kurung (SOLD OUT)

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post