Kisah Pengasas Tudung Yang Berjaya, Anda Mahu Seperti Beliau ? Tudung sinonim dengan jiwa perempuan apatah lagi sekarang sudah menjelma pelbagai rekaan dan gaya tudung di pasaran. Rata-rata berdasarkan pemerhatian saya melihat ramai wanita di luar sana membeli tudung lebih dari dua helai tatkala menjelang hari raya.

Hari tak beraya pun asyik beli tudung jugak sebab tengok itu lawa, tengok ini cantik. Mesti beli kan ??? hahaha.. Tambahan pula kalau-kalau ada sale gempak. Ikuti kisah taukey tudung di Malaysia yang telah berjaya mencipta jenama tudung mereka sendiri.

Kisah Pengasas Tudung Yang Berjaya

rahsia kejayaan tudung fareeda 

Kisah Fareeda

Jika saudara melalui kedai butik Fareeda dimana-mana, kemungkinan besar saudara melihat ramai wanita beratur panjang untuk membeli produksyarikat tersebut. Jadi bagaimana seorang suri rumah boleh menjadi seorang usahawan berjaya dengan hasil jualan hampir RM20juta pada tahun 2012?

Cerita yang menarik ini bermula apabila seorang suri rumah bernama Faridah Zakaria ingin mengurangkan beban kewangan suami tersayang untuk menampung kos keluarga, beliau mula kecil kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir.

Tetapi pada tahun 2006, beliau berasa susah hati apabila tidak mampu menjumpai tudung yang disukai, jadi beliau mula membuat tudung dengan tangan sendiri.

Apabila beliau mula memakai tudung buatan sendiri, beberapa rakan dan kerabat keluarga mula menunjuk minat dengan gaya menarik tudung itu, dan mula membeli dari beliau. Sekarang beliau mempunyai 130 pekerja,3 kedai dan 300 pengedar.

Syarikat Fareeda berjaya menjual hampir 20,000 tudung setiap bulan terutamanya di cawangan Bangi,Selangor. Harga tudung Fareeda bermula pada RM150 kerana syarikat tersebut import barang dari Korea Selatan untuk memastikan kualiti terbaik agar dapat bersaing dengan syarikat lain.

Kesimpulannya, walaupun beberapa pihak berasa perniagaan tudung atau pakaian tidak berapa menguntungkan, sebenarnya ia adalah peluang perniagaan besar kerana pengguna Malaysia yang dikira berpendapatan sederhana.

Perbezaan antara syarikat Fareeda dengan syarikat pakaian lain adalah Puan Faridah Zakaria mengutamakan kualiti dan gaya yang menarik, dalam kata lain produk tudung yang lain daripada biasa, ini adalah kunci kejayaan beliau.

Saya amat berbangga dengan cerita ‘rags to richest’ beliau, dan berharap perniagaan Fareeda boleh berkembang maju.

Tudung Aidijuma  

Gaya tudung bawal dengan rekabentuk dan corak terkini memang tidak asing lagi dimata masyarakat kita kalau tidak dikaitkan dengan koleksi tudung bawal AIDIJUMA. Semua wanita Malaysia di luar sana cukup mengenali rupa paras pemilik atau pengasas yang cantik dan manis ini kalau bukan Puan Norjuma Binti Habib Mohamed. Beliau juga bertanggungjawab keatas corak-corak tudung bawal yang dikeluarkan.

AIDIJUMA membawa maksud “Cetusan Idea Norjuma”. Minat mengenakan tudung bawal dan Keinginan tinggi bagi menghasilkan produk keluarannya sendiri beliau harus nekad mengeluarkan idea yang pelbagai keatas produknya untuk diterima oleh pemakai.

Ternyata cetusan idea beliau sangat mendapat galakkan dari orang ramai. Kena dengan konsepnya ringkas dan anggun bergaya.

Tudung bawal AIDIJUMA ini mula di operasikan pada September 2011 dimana ia secara kecil kecilan yang dikenali sebagai “mobile concept” di pusat pengajiannya,dimana pelanggan terdiri dari pelajar universiti itu sendiri sehingga wujudlah lokasi utama butik AIDJUMA di Central Market.

Kini AIDIJUMA mempunyai tiga belas cawangan kiosk di Malaysia iaitu dua cawangan di Kuala Lumpur (Maju Junction Mall dan Central Market), Sabah (Borneo Hypermall), Kelantan (KB Mall), Pahang (Berjaya Megamall), Johor Bahru (Plaza Angsana ), Petaling Jaya (The Curve), Melaka (Mydin Mall MITC), Pulau Pinang ( Sunway Carnival Shopping Mall), Perak (Mydin Mall Meru Jaya), Kedah(Sungai Petani) dan Shah Alam (Bukit Jelutong).

Wah, sungguh hebatkan penangan Aidijuma. Rasanya tudung AJ ni pun ok. Harga pula tak semahal yang disangkakan.

Boleh cuba satu ? Boleh layari : http://www.aidijuma.com.

Itu serba sedikit yang dapat saya kupaskan. Mereka tu semua bermula dari kecil-kecilkan sehingga menempa jenama di Malaysia bahkan antarabangsa. Kalau u olss tak ambil peluang sebagai peniaga tudung amat la rugi..

Kalau anda ada idea tudung yang nak di fesyenkan sudah tentu lariss, buat tudung yang orang tak buat lagi yer.. haha :)

Untuk pengetahuan anda, pelanggan wanita tidak akan berhenti membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh-puluh tudung. Inilah niche yang bagus dan mempunyai sasaran pelanggan yang tidak akan pernah putus!

Nak tahu lebih banyak lagi rahsia mereka dan jadi seperti mereka? Bolehlah ke pautan berikut : Rahsia Usahawan Tudung

Post a Comment

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.

Previous Post Next Post