Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Sesi 29 Ogos 2016

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Sesi 29 Ogos 2016 - Adakah anda dipanggil untuk menduduki exam online separa perubatan pada 29 ogos ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan. Saya yakin anda rasa berdebar-debar, gementar, gemuruh dan pastinya anda tengah mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan itu nanti.

Apa yang pasti, anda perlu membuat persediaan rapi untuk menghadapi peperiksaan itu nanti. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak berkenaan exam yang bakal anda hadapi nanti dan dihujung artikel ini saya sertakan panduan atau rujukan peperiksaan online separa perubatan sesi 29 ogos 2016 ini.

Tahukah anda, 90% calon exam SPA gagal hanya kerana faktor remeh-temeh ini?

  • Tak tahu bentuk soalan yang akan ditanya
  • Tak faham maksud soalan
  • Tak tahu format soalan peperiksaan
  • Tiada bimbingan cara menjawab soalan dengan betul
  • Jawapan hampir betul tapi tak!
  • Tak tahu cara menjawab soalan

Maklumat Peperiksaan Separa Perubatan 29 Ogos 2016

Berikut adalah maklumat Peperiksaan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

  • Tarikh : 29 Ogos 2016
  • Hari : Isnin
  • Masa : 8.00 - 9.35 PM

Untuk pengetahuan calon, kertas soalan peperiksaan online Diploma Latihan Separa Perubatan ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu :

  • Seksyen A : Ujian Psikometrik
  • Seksyen B : Pengetahuan Am

Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Calon-calon yang tercari-cari rujukan peperiksaan online separa perubatan bolehlah mendapatkan contoh soalan peperiksaan separa perubatan serta format soalan melalui rujukan di bawah ini.

rujukan peperiksaan separa perubatan

Maklumat Bidang Kerjaya Separa Perubatan

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terbahagi kepada 10 jawatan:
  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan

  1. Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  3. Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  4. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  5. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  6. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  7. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

  1. Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Terbahagi kepada 3 jawatan:
  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil

  1. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Dapatkan Rujukan & Panduan Peperiksaan Separa Perubatan

Panduan Peperiksaan Separa Perubatan adalah rujukan lengkap yang dikeluarkan oleh Tim Kerjaya yang telah membantu ramai calon-calon untuk diserap masuk dalam pelbagai bidang.

Panduan ini menjadi rujukan utama bahkan telah menjadi rujukan calon-calon sebelum ini yang telah lulus peperiksaan separa perubatan.

Jika anda berminat untuk bersama-sama mendapatkan panduan ini sebagai rujukan sila ke pautan berikut : http://semakan.info/separa/7396

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, sila akses laman web ini sebelum tiba tarikh peperiksaan.




 

Terima Kasih Saya Ucapkan Kerana Sudi Meninggalkan Komen.
EmoticonEmoticon